
Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran berkenaan pada 4.15 pagi.
“Susulan itu, sebanyak 44 anggota dan pegawai dari Balai Bomba Bandar Tun Razak, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Cheras dan BBP Sentul bersama tujuh jentera serta sebuah ambulans dikejarkan ke lokasi,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan tingkat tiga bangunan berkenaan antara lain turut menempatkan bilik guru, bilik mesyuarat, bilik fail, makmal dan beberapa bilik lain.
“Kebakaran itu berjaya dikawal pada 5.08 pagi dan dipadamkan sepenuhnya pada 6.18 pagi,” katanya.
Tiada mangsa terlibat, manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.