Jatuh longkang ambil bola, budak 9 tahun dikhuatiri lemas

Jatuh longkang ambil bola, budak 9 tahun dikhuatiri lemas

Kanak-kanak perempuan itu dihanyutkan arus deras dalam kejadian di Bandar Mahkota Cheras, petang semalam.

Jatuh longkang ambil bola, budak 9 tahun dikhuatiri lemas bernama pic 2526
Pasukan PPDA bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dikhuatiri lemas akibat dibawa arus deras selepas terjatuh ke dalam longkang. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang kanak-kanak perempuan sembilan tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang sebelum dihanyutkan arus deras dalam kejadian di Bandar Mahkota Cheras, petang semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 7.08 malam.

Katanya, bomba kemudianya menghantar sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira 14 minit kemudian.

“Maklumat awal mendapati kanak-kanak berkenaan disyaki jatuh ke dalam longkang untuk mengambil bola, semasa kejadian berlaku arus longkang deras dan disyaki mangsa dibawa arus,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Tambahnya, operasi mencari dan menyelamat mangsa kini giat dijalankan dengan bantuan Unit Pasukan Penyelamat Di Air.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.