
Ditanya media berkait perkara itu dalam satu acara di sini, Fahmi berkata tumpuan kini kepada Sidang Kemuncak Asean ke-46 yang sedang berlangsung.
“Sidang kemuncak ini belum tamat lagi. Hari ini baru hari kedua,” katanya.
“Saya tiada maklumat lanjut pada ketika ini … jadi kita perlu tunggu,” katanya ditanya mengenai langkah seterusnya oleh Rafizi.
Rafizi, yang juga menteri ekonomi, hadir pada hari kedua Sidang Kemuncak Asean ke-46 dan mesyuarat berkaitan hari ini, yang menarik perhatian ramai.
Kehadirannya menarik perhatian susulan spekulasi mengenai masa depannya dalam Jemaah Menteri, selepas tewas pemilihan jawatan timbalan presiden PKR, Jumaat lalu.
Pada 10 Mei lalu, Ahli Parlimen Pandan itu berkata beliau sedia meletak jawatan dalam Kabinet jika gagal mempertahankan kedudukan dimenangi pada pemilihan 2022.
Rafizi yang mendapat 3,866 undi tewas kepada Nurul Izzah Anwar yang memperoleh 9,803 undi
FMT telah menghubungi setiausaha akhbar Rafizi untuk mendapatkan komen.