Bawa masuk barang berbahaya, SPRM rakam percakapan 24 individu

Bawa masuk barang berbahaya, SPRM rakam percakapan 24 individu

SPRM siasat isu bawa masuk barang berbahaya menerusi kargo di KLIA.

klia
Kakitangan tiga agensi penguatkuasaan antara dipanggil SPRM dalam siasatan berhubung isu bawa masuk barang berbahaya menerusi kargo di KLIA.
KUALA LUMPUR:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merakam percakapan 24 individu bagi membantu siasatan berhubung isu membawa masuk barang berbahaya menerusi kargo di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA), yang disyaki mempunyai unsur rasuah.

Menurut sumber, individu yang dipanggil terdiri daripada pekerja tiga syarikat selain pegawai dan kakitangan tiga agensi penguatkuasaan di KLIA.

“Siasatan dijalankan susulan kegiatan membawa masuk bahan kimia berbahaya yang tidak mengikut prosedur operasi standard sekali gus mendedahkan KLIA kepada ancaman keselamatan.

“Berdasarkan siasatan awal, bahan kimia berkenaan diikrarkan sebagai produk aksesori atau barangan isi rumah bagi mengaburi pihak berkuasa,” katanya.

Pengarah Kanan Bahagian Perisikan Idris Zaharudin ketika dihubungi berkata pihaknya kini mengenal pasti isu kelemahan tata kelola yang menyebabkan barangan berbahaya mudah dibawa masuk.

Beliau berkata kertas siasatan dibuka oleh Bahagian Penyiasatan Tatakelola untuk meneliti aspek kelemahan tatakelola, pentadbiran, pengurusan dan penguatkuasaan yang membolehkan barangan terbabit dibawa masuk dengan mudah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.