Disyaki kurung anak dalam sangkar anjing, ibu bapa ditahan

Disyaki kurung anak dalam sangkar anjing, ibu bapa ditahan

Kedua-dua suspek dipercayai mendera anak perempuan 12 tahun sehingga lebam dan luka belakang badan.

Barat Daya police chief Sazalee Adam
Ketua Polis Barat Daya Sazalee Adam, berkata pasangan masing-masing bekerja sebagai pengurus program dan jurutera ditahan susulan aduan guru besar sekolah anak mereka. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Ibu bapa kanak-kanak berusia 12 tahun ditahan kerana disyaki mendera anak perempuan mereka dengan mangsa pernah dikurung dalam sangkar anjing, dalam kejadian di Sungai Ara, Balik Pulau.

Dua suspek bekerja sebagai pengurus program dan jurutera ditahan susulan laporan dibuat guru besar sekolah.

Ketua Polis Barat Daya Sazalee Adam, berkata pihaknya menerima laporan pada 11.57 pagi, Selasa, selepas guru kaunseling sekolah mengesan kesan lebam dan luka pada bahagian belakang badan murid itu.

“Hasil siasatan mendapati mangsa yang merupakan murid tahun enam dan anak kedua kepada pasangan tersebut telah dirotan di bahagian belakang badan pada Ahad lalu.

“Mangsa juga memaklumkan kepada pihak sekolah bahawa dia sering dipukul dan pernah dikurung dalam sangkar anjing oleh ibu bapanya. Polis masih menyiasat perkara ini dengan lanjut,” katanya kepada Kosmo.

Sazalee berkata, mangsa kini ditempatkan dan menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Katanya, polis juga merampas sebatang rotan di kediaman suspek untuk membantu siasatan kes yang diklasifikasikan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.