Co-opbank Pertama perkenal produk takaful dalam talian

Co-opbank Pertama perkenal produk takaful dalam talian

Produk dalam talian ini penambahbaikan bagi Takaful CBP Protect yang diperkenalkan pada 2023.

CBP komited untuk terus membangunkan produk dan perkhidmatan mampu milik secara dalam talian, terutamanya bagi menarik golongan muda. (Gambar Wikimedia common)
PETALING JAYA:
Co-opbank Pertama (CBP) memperkenalkan produk takaful kemalangan diri, Takaful CBP Protect, secara dalam talian bermula 1 Mei lepas.

CBP berkata, produk melalui laman sesawangnya itu merupakan salah satu penambahbaikan bagi Takaful CBP Protect yang diperkenalkan pada 2023.

“Produk ini diperkenalkan secara (dalam) talian untuk menarik minat pelanggan terutama generasi muda yang memerlukan perlindungan komprehensif pada harga mampu milik dan proses penyertaan yang mudah serta cepat tanpa memerlukan pemeriksaan kesihatan,” katanya.

Ketua Pegawai Komersial CBP Mohd Faris Kamarudin berkata, CBP menjalinkan kerjasama dengan Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) dan rakan strategik, Senang io serta Sedania As Salam Capital sebagai pengendali platform digital untuk penambahbaikan ini.

”Melalui proses digitalisasi ini, CBP boleh memperkukuh kehadiran dalam pasaran digital serta menarik lebih ramai untuk melanggan Takaful CBP Protect dengan lebih mudah dan pantas”, katanya.

CBP juga komited untuk terus membangunkan produk dan perkhidmatan mampu milik secara dalam talian bagi menarik semua, terutamanya golongan muda yang memerlukan perlindungan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.