
Beliau mewakili seluruh warga polis turut sedih dan simpati dengan kemalangan menimpa semua anggota FRU terbabit.
“Jasa dan pengorbanan mereka amat dihargai, kemalangan berlaku selepas mereka selesai melaksanakan tugas serta tanggungjawab diamanahkan. Polis akan memastikan kebajikan keluarga anggota terkorban diberi perhatian sebaiknya,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, Ketua Polis Hilir Perak, Bakri Zainal Abidin, dilaporkan berkata angka kematian kemalangan trak FRU dan lori muatan batu itu meningkat kepada sembilan orang.
Semuanya anggota FRU dari Unit 5 Ipoh dan mayat dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.