
Projek dibangunkan Sentul Raya Sdn Bhd (SRSB), anak syarikat YTL Land and Development Sdn Bhd itu dilancarkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa hari ini.
Projek itu sebahagian pelan induk pembangunan semula Sentul, dengan matlamat membina komuniti yang seimbang, mampan dan berdaya huni.
Kerjasama SRSB dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut meliputi inisiatif pendidikan Bintang Cemerlang 2.0 yang sejak 2008 telah memanfaatkan lebih 107,500 individu.
Edisi baharu program itu menyasarkan 23 buah sekolah rendah di Sentul.
Zaliha berkata kerjasama swasta dan kerajaan menerusi pelaksanaan dua inisiatif terbabit sebagai contoh terbaik dalam pembangunan inklusif masyarakat.
“Inisiatif ini bukan sekadar membina rumah atau melancarkan program – ia tentang membuka peluang dan membawa harapan,” katanya.
Beliau turut menyeru menyeru lebih banyak syarikat swasta tampil menyumbang dalam usaha membina Kuala Lumpur yang moden, inklusif dan adil untuk semua.