
Sudah lama teringinkan kereta idaman anda? Seperti anak, dari beberapa segi, memiliki kereta juga merupakan tanggungjawab yang besar – tidak cukup setakat memilikinya, anda juga perlu menjaganya dengan baik, dan ini memerlukan wang dan masa.
Jadi jika anda ingin membeli kereta, anda perlu bersedia sebelum menanggung komitmen itu. Tanya pada diri sendiri, “Apa yang lebih bagus untuk saya – kereta baharu atau pramilik? Kereta jenis apa yang mampu saya beli dan jaga? Apa kos sebenar memiliki kereta?”
Pertama sekali, yang mana patut anda pilih? Kereta baharu atau pramilik?

Kereta dijual dengan mahal di Malaysia dan menurut tinjauan CARSOME, rakyat Malaysia terutamanya daripada kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah lebih gemar membeli kenderaan pramilik, berbanding yang baharu.
Jadi, pertimbangkan 7 perkara penting ini: Harga dan susut nilai; keselamatan dan insurans; masa menunggu; kos penyelenggaraan; waranti, bayaran pendahuluan; dan pelbagai pilihan yang ada.
Mari kita ambil kereta sedan ‘hatchback’ berharga purata sebagai contoh, dan teliti pembayaran balik pinjamannya berdasarkan tempoh pinjaman yang dipilih, insurans, kos penyelenggaraan, kos bahan api, dan faktor lain.

- Tidak termasuk bayaran balik pinjaman melebihi 5 tahun. Tidak termasuk susut nilai (impak nilai jualan semula)
- Anggaran angka (berdasarkan andaian biasa untuk kereta segmen B bukan nasional berharga kira-kira RM90,000) memberikan gambaran umum tentang kos pemilikan dalam tempoh 5 tahun. Kos pengendalian sebenar mungkin berbeza-beza mengikut model kenderaan, terma pinjaman, tabiat penyelenggaraan, gaya pemanduan dan turun naik harga bahan api.
Nilai kereta baharu susut dengan sangat pantas tetapi ia berfungsi dengan baik, tidak perlu banyak diselenggara dan tahan lebih lama berbanding kereta pramilik. Bagaimanapun, harga kereta pramilik jauh lebih berpatutan; anda mungkin tidak memerlukan pinjaman dan mungkin dapat berjimat dalam jangka masa panjang.
Kemudian timbul juga persoalan sama ada kereta itu tersedia. Adakah anda mahukan kereta dengan segera, atau anda sanggup menunggu kereta baharu, dan untuk berapa lama?
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CARSOME Eric Cheng menjangkakan kekurangan bekalan kereta baharu dalam jangka pendek hingga sederhana, atau kelewatan penghantaran kereta baharu disebabkan kekurangan alat ganti kereta pada peringkat global, ditambah dengan gangguan pada kilang pemasangan dan pembuatan kereta di dalam negara.
“Oleh itu, industri kereta pramilik berada pada kedudukan yang baik untuk mengalami pertumbuhan kerana tiada masa menunggu untuk penghantaran kereta,” katanya.
Kaji selidik CARSOME juga mendapati, platform penjualan kereta pramilik dalam talian semakin popular.
“Dengan peningkatan kos pemilikan, ramai pembeli beralih kepada kenderaan pramilik yang jimat bahan api dan diyakini,” tambah Cheng.
Jadi, bagaimana pula dengan kos?
Harga kereta pramilik mungkin lebih berpatutan berbanding kereta baharu, tetapi sejauh manakah ia boleh diharapkan? Dalam hal ini, kereta yang diperakui CARSOME menawarkan titik tengah yang baik antara harga dengan kualiti, Bersama faedah hebat seperti pelan waranti yang mantap dan pemeriksaan menyeluruh, menjamin standard yang tinggi.
“Pengalaman membeli dengan kami secara menyeluruh menghapuskan kebimbangan yang lazim dalam proses biasa membeli kereta. ‘CARSOME Certified’ merupakan standard baharu dalam pembelian kereta pramilik yang disokong oleh pemeriksaan 175-titik kami, serta ‘CARSOME Certified Refurbishment Process’,” kata CARSOME.
Mengapa pilih kereta ‘CARSOME-Certified’
Selain jaminan kualiti dan proses tanpa kerumitan untuk memilih dan membeli kereta yang menepati belanjawan serta keperluan anda, CARSOME turut menawarkan pelbagai manfaat lain seperti pakej perkhidmatan ‘bundle’, tawaran dan promosi istimewa yang memberikan penjimatan jangka panjang.

CARSOME turut menawarkan kemudahan dan sokongan luar biasa; daripada langkah memperoleh insurans kereta sehinggalah pilihan pembiayaan yang menyeluruh – membantu anda mendapatkan pinjaman. Prosesnya mudah diikuti dan tanpa tekanan kerana semua urusan dokumentasi turut diuruskan untuk anda. Selain itu, CARSOME juga menawarkan jaminan pulangan wang dalam masa 5 hari dan harga tetap tanpa caj tersembunyi, memberikan anda satu lagi manfaat tambahan, iaitu ketenteraman fikiran.
Jadi sekiranya anda sudah pertimbang semua pilihan, teliti kelebihan dan kekurangannya, serta sudah buat keputusan untuk memilih kereta pramilik yang diperakui CARSOME, layari www.carsome.my/buying-from-carsome.