
Suspek berusia 48 tahun itu diberkas polis 12.15 tengah malam tadi, susulan kejadian dipercayai berlaku sekitar 7.30 malam, 24 April.
Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof, berkata pihaknya juga bertindak merampas sebuah bimbit suspek.
Katanya, pengadu bersama anaknya berusia 16 tahun di kaunter sebuah pasar raya untuk membuat pembayaran sebelum didatangi seorang lelaki yang cuba merakam gambar mengaibkan remaja berkenaan.
“Namun, cubaan tersebut berjaya digagalkan seorang lelaki yang berada di dalam kedai tersebut dengan menegur suspek.
“Setelah ditegur, suspek yang menafikan perbuatannya terus beredar meninggalkan pasar raya tersebut,” katanya menurut Kosmo.
Katanya, suspek merupakan duda anak tiga tidak mempunyai sebarang rekod lampau, sambil menyatakan dia direman sehari dengan kes disiasat mengikut Seksyen 15(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh berhubung dengan mana-mana balai berdekatan atau pegawai penyiasat kes, Noriyati Abdullah di talian 016-3516908.