Polis lengkapkan kertas siasatan kes dadah pelakon

Polis lengkapkan kertas siasatan kes dadah pelakon

Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar berkata suspek juga sebelum ini telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Shazeli Kahar
Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar berkata pihaknya sedang menunggu beberapa arahan timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan melibatkan seorang pelakon lelaki yang ditahan selepas dipercayai positif dadah, minggu lalu.

Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, berkata pihaknya sedang menunggu beberapa arahan timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

“Kita telah melengkapkan kertas siasatan dan diminta melengkapkan lagi siasatan dijalankan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek juga sebelum ini telah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya dalam sidang akhbar di IPK Selangor hari ini, menurut Sinar Harian.

Suspek berusia 40an sebelum ini dilaporkan direman tiga hari di Mahkamah Shah Alam selepas ditahan Rabu lalu.

Difahamkan suspek direman untuk siasatan di bawah Seksyen Akta 15(1)(a) Dadah Berbahaya 1952 berikutan keputusan ujian saringan air kencing yang didapati positif dadah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.