
Hakim Rofiah Mohamad berkata, mahkamah hanya terhad kepada keterangan yang ada sebelum ini dan tidak boleh bertindak berdasarkan spekulasi.
“Tidak boleh dinafikan bahawa pembunuhan adalah satu dakwaan serius yang perlu dipertimbangkan oleh koroner.
“Walaupun mungkin ada pihak luar yang terlibat, ia hanya spekulasi. Yang ada hanyalah syak wasangka, dan tiada bukti untuk membuktikannya,” katanya.
Rofiah menyifatkan keadaan itu sebagai ‘sangat malang’ tetapi berkata syak wasangka sahaja tidak cukup untuk mengklasifikasikan kematian sebagai pembunuhan.
Beliau menyatakan bahawa koroner telah berkata dia ‘bukan dalam kedudukan untuk secara konklusif mengatakan ia adalah pembunuhan’.
Katanya, mahkamah tidak mempunyai pilihan selain mengekalkan keputusan terbuka, tetapi menggesa siasatan diteruskan.
Menurutnya, pihak pendakwaan bebas untuk memberi arahan lanjut berhubung bagaimana penyiasatan itu perlu diteruskan, terutama di lokasi mayat Jenkins ditemui, selaras dengan Kanun Prosedur Jenayah.
Jenkins hilang pada 2017 ketika bercuti di Pulau Pinang. Mayatnya ditemui berhampiran tapak banglo pada 2020.
Koroner mengeluarkan keputusan terbuka pada 2023, menyebabkan keluarga Jenkins meminta semakan.