2 budak 12 tahun maut motosikal langgar kereta

2 budak 12 tahun maut motosikal langgar kereta

Polis berkata siasatan awal mendapati motosikal dinaiki dua kanak-kanak itu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

Keadaan kereta yang dirempuh motosikal ditunggang dua kanak-kanak 12 tahun di KM38 Jalan Muar-Segamat dekat pekan Sagil, semalam. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Dua kanak-kanak lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka terbabit kemalangan di KM38 Jalan Muar-Segamat dekat pekan Sagil, Tangkak, semalam.

Kedua-dua mangsa 12 tahun yang parah itu meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas dipercayai berlaku pada 2.30 petang.

Ketua Polis Tangkak, Roslan Mohd Talib, berkata siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa yang juga penunggang dan pembonceng motosikal datang dari arah Tangkak.

Menurutnya, motosikal itu tiba-tiba hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

“Akibatnya, motosikal itu bertembung sebuah kereta dari arah Segamat. Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat Khairul Azmi Ibrahim di talian 011-12445836.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.