
Komander PGA Briged Sarawak, Che Ghazali Che Awang, berkata empat lelaki tempatan berumur 38 hingga 61 tahun serta dua lelaki warga Indonesia berusia 32 dan 47 tahun turut ditahan dalam serbuan kira-kira 10 pagi itu.
“Turut dirampas sebuah kenderaan, dua jentera berat serta sebuah jentolak digunakan untuk kegiatan pembalakan itu. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM5,728,000 berdasarkan harga pasaran semasa,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, tangkapan dan semua barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Hutan Cawangan Bintulu untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Ordinan Hutan Sarawak 2015 serta Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.