Polis tahan 2 remaja dalang sindiket tipu pekerjaan

Polis tahan 2 remaja dalang sindiket tipu pekerjaan

Remaja berusia 18 dan 19 tahun itu ditahan bersama seorang lelaki kerana disyaki perdaya mangsa bekerja di Thailand.

gari
Ketua Polis Johor M Kumar berkata semua suspek disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.
PETALING JAYA:
Dua remaja lelaki berusia 18 dan 19 tahun antara tiga ditahan Jabatan Siasatan Jenayah polis Johor kerana disyaki menjadi dalang sindiket penipuan pekerjaan.

Ketua Polis Johor M Kumar berkata remaja 19 tahun itu ditahan pada 13 Mac lalu di Johor Bahru dan susulan itu dua lagi suspek termasuk remaja 18 tahun dan seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan di Johor Bahru serta Batu Pahat.

“Hasil siasatan mendapati sindiket ini bergiat aktif di Myanmar dengan menggunakan modus operandi memperdayakan individu melalui tawaran bekerja di Thailand dengan gaji lumayan antara RM8,000 hingga RM15,000.

“Bagaimanapun, setelah mangsa tiba di Thailand mereka dibawa ke kawasan terpencil di Myanmar dan dipaksa untuk mencari mangsa lain bagi membuka akaun keldai di Thailand,” katanya dalam kenyataan menurut Bernama.

Kumar berkata, semua suspek ditahan mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.

Katanya, empat kertas siasatan telah dibuka dan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara

Menurutnya, semua suspek berdepan berdepan empat hingga dua pertuduhan di bawah Seksyen 12 ATIPSOM 2007.

Pada 12 Mac lepas, Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok berjaya menyelamatkan dan membawa pulang 25 mangsa pemerdagangan orang oleh sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.