PRK Ayer Kuning: PSM umum Bawani calon lawan BN, PN

PRK Ayer Kuning: PSM umum Bawani calon lawan BN, PN

Timbalan Setiausaha Agung Bawani KS adalah seorang aktivis dan peguam hak asasi manusia serta pengerusi PSM Perak.

Lawyer-activist KS Bawani
Peguam hak asasi manusia Bawani KS akan menjadi calon PSM bagi merebut kerusi DUN Ayer Kuning pada PRK 26 April ini.
PETALING JAYA:
Parti Sosialis Malaysia (PSM) mempertaruhkan timbalan setiausaha agungnya, Bawani KS, sebagai calon pada PRK Ayer Kuning 26 April ini.

PSM berkata, Bawani dianggap sebagai individu paling sesuai dan kuat untuk mencabar calon daripada dua gabungan utama, iaitu Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

“PRK ini menandakan detik penting kerana ia kali pertama PSM, Muda dan PRM (Parti Rakyat Malaysia) bersama-sama menyokong seorang calon.

“Kerjasama ini berhasrat membina momentum bagi kuasa politik ketiga pada PRU akan datang,” menurut kenyataan parti itu.

Bawani yang juga peguam hak asasi manusia itu ialah pengerusi PSM Perak dan pernah bertanding di DUN Ayer Kuning pada PRU 2022 mewakili PSM.

Setakat ini, selain PSM, hanya BN telah mengumumkan calonnya iaitu Setiausaha Umno Tapah Mohamad Yusri Bakir, mewakili gabungan kerajaan perpaduan. PN dijangka mengumumkan calonnya pada malam ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Ayer Kuning diadakan pada 26 April, manakala penamaan calon 12 April.

Kerusi DUN di Perak itu kosong susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin pada 22 Feb.

Pada PRU15, beliau mewakili BN menang dengan majoriti 2,213 undi dalam pertembungan lima penjuru.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.