5 rakyat Malaysia cedera kemalangan bas di Tokyo

5 rakyat Malaysia cedera kemalangan bas di Tokyo

Kemalangan membabitkan dua bas pelancong yang bergerak bersama dan membawa sejumlah 47 penumpang.

Wisma Putra berkata insiden berlaku sekitar 10.15 pagi semalam berhampiran pintu masuk Terowong Kobotoke. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Lima rakyat Malaysia cedera ringan selepas bas dinaiki terbabit kemalangan di Lebuhraya Chuo, Hachioji, barat Tokyo, Jepun, semalam.

Wisma Putra berkata, insiden berlaku sekitar 10.15 pagi berhampiran pintu masuk Terowong Kobotoke.

Katanya, kemalangan membabitkan dua bas pelancong yang bergerak bersama dan membawa sejumlah 47 penumpang kebanyakannya warga asing, dari Stesen JR Tokyo menuju ke Tasik Kawaguchi di Wilayah Yamanashi.

“Menurut pihak berkuasa tempatan, insiden berlaku apabila salah sebuah bas melanggar belakang bas satu lagi.

“Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo mengesahkan lima warganegara Malaysia berada di dalam kedua-dua bas tersebut dan dilaporkan mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut kenyataan, selepas menerima rawatan dan pemeriksaan kesihatan, mereka dibawa pulang ke tempat penginapan.

“Kementerian Luar Negeri, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo memantau rapi situasi susulan kemalangan itu,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.