
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan ia termasuk di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menuju arah utara dari Sungai Buaya ke Bukit Tagar, Lembah Beringin ke Tanjung Malim, Slim River ke Bidor, Tapah ke Gopeng, Jawi ke Bukit Tambun, Juru ke Perai dan Permatang Pauh ke Bertam.
“Ke arah selatan perlahan di Nilai ke Hentian Rawat dan Rehat (RNR) Seremban, Putra Mahkota ke Nilai dan Bandar Ainsdale ke Senawang, manakala ke arah utara perlahan di Kulai ke Sedenak,” katanya ketika dihubungi.
Selain PLUS, beliau berkata keadaan sama dilaporkan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah timur dari Gombak ke Lentang dan Jalan Utama Mempaga ke Plaza Tol Karak.
Manakala di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 2, trafik perlahan ke arah utara di laluan utama kilometer 432.7 ke Plaza Tol Kuala Terengganu.
Sementara itu, aliran trafik di jalan utama persekutuan, termasuk di sempadan masuk Gua Musang-Kuala Lipis dilaporkan sesak sehingga 6km setakat 9 pagi tadi.
Ketua Polis Gua Musang, Sik Choon Foo, menjangkakan pertambahan kenderaan terus berlaku petang ini, dan penyuraian akan dijalankan dari semasa ke semasa.
Bagi membantu menjaga lalu lintas, beliau berkata pihaknya mengambil inisiatif menambah jumlah anggota bertugas.