
Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata, kerajaan diperintah membayar RM201.45 juta kepada PSKIN sebagai penyelesaian penuh serta muktamad berhubung pertikaian tersebut.
“Pembayaran itu akan dibuat oleh kerajaan secara bayaran penuh dalam tempoh tiga bulan mulai hari ini,” kata Awantec.
“Pihak-pihak berkenaan bersetuju menarik balik semua rayuan yang belum selesai di Mahkamah Rayuan dan permohonan tertunggak di Mahkamah Tinggi antara satu sama lain sebagai sebahagian daripada terma perintah persetujuan.”
PSKIN memperoleh konsesi selama 15 tahun dari kerajaan pada 9 Ogos 2017 untuk merancang, menyampaikan dan menyediakan peningkatan yang dijadualkan ke atas sistem kawalan imigresen serta sempadan yang dipertingkatkan kepada Jabatan Imigresen.
Pada 15 April 2019, PSKIN memfailkan tuntutan undang-undang terhadap kerajaan berjumlah RM732 juta untuk penamatan unilateral projek SKIN melalui pengambilalihan.