Pegawai farmasi didakwa hina Nabi Muhammad direman

Pegawai farmasi didakwa hina Nabi Muhammad direman

Individu menggunakan akaun 'Khor Soon Keat' didakwa memuat naik komen jelik di Facebook.

Inspector-General of Police Razarudin Husain
Ketua Polis Negara Razarudin Husain, berkata lelaki berusia 29 tahun itu direman sehingga esok dengan kes disiasat bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Pegawai farmasi didakwa memuat naik komen menghina Nabi Muhammad di Facebook direman dua hari, kata Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

Katanya, pihaknya menerima laporan daripada seorang pengadu yang mendakwa terbaca komen penghinaan dibuat individu berkenaan, pada 18 Mac.

Menurutnya, pengadu mengatakan komen dibuat individu dikenali “Khor Soon Keat” didakwa menghina Nabi Muhammad.

“Malah, kenyataan itu turut disokong seorang lagi pengguna Facebook dikenali ‘Chelvi Kolan’. Kedua-dua komen itu adalah maklum balas kepada kenyataan awal oleh pengguna dikenali sebagai ‘Zam Kai’.

“Susulan itu, kita menahan seorang lelaki berusia 29 tahun bagi membantu siasatan,” katanya kepada Harian Metro.

Razarudin berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.