
Setiausaha Agung, Zambry Abdul Kadir, berkata ia akan diumumkan pengerusi BN yang juga Presiden Umno Zahid Hamidi seminggu sebelum penamaan calon.
“Calon telah pun dikenal pasti dan pengumuman itu akan dibuat oleh presiden yang juga pengerusi BN,” katanya pada sidang media selepas program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi.
Beliau yang juga menteri pendidikan tinggi berkata jentera sudah bersiap sedia.
Kelmarin, Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan berkata terdapat enam calon termasuk daripada Pemuda Umno disenarai pendek bagi PRK Ayer Kuning.
Katanya, calon akan diumumkan lebih awal bagi membolehkannya menyesuaikan diri dan dikenali pengundi lebih awal, sebelum hari penamaan calon ditetapkan pada 12 April.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April manakala penamaan calon 12 April.
Pengerusi SPR, Ramlan Harun, berkata undi awal pula akan diadakan pada 22 April.
Kerusi DUN Ayer Kuning kosong susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin pada 22 Feb.
Pada PRU15, November 2022 beliau mewakili BN menang dengan majoriti 2,213 undi dalam pertembungan lima penjuru.