Syarikat kurier disamun, 3 individu berparang larikan RM46,000

Syarikat kurier disamun, 3 individu berparang larikan RM46,000

Kejadian itu berlaku di hab pengumpulan dan pengoperasian syarikat kurier terbabit di Meru, Klang, tengah hari semalam.

Syarikat kurier rugi RM46,000 disamun tiga lelaki
Tangkap layar rakaman kejadian menunjukkan tiga individu bertopeng dan bersenjatakan parang menyamun syarikat kurier.
SHAH ALAM:
Sebuah hab pengumpulan dan pengoperasian syarikat kurier di Meru, Klang mengalami kerugian RM46,000 selepas disamun tiga individu bertopeng serta bersenjatakan parang semalam.

Ketua Polis Klang Utara, S Vijaya Rao, berkata kejadian berlaku pada 12.26 tengah hari semasa petugas sedang mengira wang tunai, apabila sebuah kereta Perodua Bezza berwarna biru dinaiki tiga suspek bersenjatakan parang serta bertopeng tiba di hab berkenaan.

“Suspek kemudiannya melarikan wang tunai RM46,000, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata berkata satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan samun berkawan menggunakan senjata, dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi pengawai penyiasat Insp Fazlan Rezza dengan menelefon 011-10561017.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.