Lelaki direman 7 hari samun bekas naib canselor USM

Lelaki direman 7 hari samun bekas naib canselor USM

Dzulkifli Abdul Razak menerima 15 jahitan di kepala akibat disamun ketika pulang dari solat subuh dekat rumahnya semalam.

handcuff gari
Ketua Polis Timur Laut Abdul Rozak Muhammad berkata suspek 52 tahun itu akan direman hingga Jumaat ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes samun yang mencederakan bekas naib canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Dzulkifli Abdul Razak.

Ketua Polis Timur Laut, Abdul Rozak Muhammad, berkata suspek 52 tahun itu akan direman hingga Jumaat ini.

“Perintah reman bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan hingga menyebabkan kecederaan,” katanya menurut Berita Harian.

Semalam, Dzulkifli, 74, dilaporkan menerima 15 jahitan di kepala akibat disamun ketika pulang dari solat subuh dekat rumahnya di Taman Pekaka, George Town.

Dalam kejadian kira-kira 6.45 pagi itu, bekas rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu dihentak objek dipercayai pistol sebelum suspek melarikan diri.

Ketua Polis Pulau Pinang, Azizee Ismail dilaporkan berkata, warga tempatan yang ditahan di Bayan Lepas itu mempunyai 10 rekod lampau berkaitan narkotik dan tiga kesalahan jenayah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.