
Ketua Polis Kuala Langat, Mohd Akmalrizal Radzi, berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berumur 48 tahun yang juga peniaga kedai makan kira-kira 7 malam, mendakwa disamun sekumpulan lelaki bersenjatakan sebilah parang.
Beliau berkata, dalam kejadian itu tiga suspek yang menutup muka dan bertopeng memasuki kedai sebelum melarikan beberapa barang kemas milik pengadu.
“Suspek masuk ke dalam kedai, manakala seorang lagi menunggu di dalam kereta dan mengambil seutas rantai leher emas milik suami pengadu serta dua utas rantai emas dan dua bentuk cincin emas milik pengadu.
“Pengadu tidak mengalami kecederaan dan kerugian dianggarkan RM10,000,” katanya dalam kenyataan.
Akmalrizal meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menghubungi IPD Kuala Langat di talian 03 31872222 bagi membantu siasatan.
Terdahulu, tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu yang dipercayai berlaku di sebuah kedai makan.