PN akan hantar surat berkait peruntukan Ahli Parlimen

PN akan hantar surat berkait peruntukan Ahli Parlimen

Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan berkata mereka mahu mendapatkan perincian lanjut daripada kerajaan mengenai maksud rundingan itu.

Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan berkata pucuk pimpinan PN memberikan persetujuan untuk mengutus surat kepada kerajaan bagi membincangkan perkara tersebut. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Perikatan Nasional (PN) akan menghantar surat kepada kerajaan pada minggu ini bagi mendapatkan perincian lanjut mengenai maksud rundingan bagi mendapatkan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan berkata pucuk pimpinan PN memberikan persetujuan untuk mengutus surat kepada kerajaan bagi membincangkan perkara tersebut, lapor Utusan Malaysia.

“Semasa pentadbiran (bekas perdana menteri) Ismail Sabri Yaakob, kita (PN) terus jemput mereka (pembangkang) dan buat jawatankuasa. Dalam jawatankuasa itu kita bincang terma-terma dan syarat, akhirnya kita berjaya.

“Ini tiba-tiba hantar kepada kita draf, saya tak nak ulas panjang. Sepatutnya tubuh jawatankuasa dahulu, bentang apa cadangan kerajaan samaada kita setuju atau tidak,” katanya selepas Forum Khas Bandar Raya Islam di Madinah Ramadan, di Kota Bharu.

Pada bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata kerajaan setuju menubuhkan jawatankuasa untuk membincangkan cadangan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembankang.

Beliau berkata jawatankuasa itu perlu meneliti cadangan pembangkang dan mencapai satu persetujuan yang menyeluruh.

PN sebelum ini menolak draf memorandum persefahaman daripada kerajaan berkaitan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata tiada syarat yang memerlukan Ahli Parlimen menyokong beliau untuk mendapatkan peruntukan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.