Ismail tiba di ibu pejabat SPRM beri keterangan

Ismail tiba di ibu pejabat SPRM beri keterangan

Bekas PM itu dipanggil sebagai suspek dalam siasatan terhadap empat pegawai kanan yang dikaitkan dengannya.

ismail sabri
Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob dilihat tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira 9.47 pagi tadi.
PUTRAJAYA:
Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira 9.47 pagi tadi untuk proses rakam keterangan.

Beliau sepatutnya memberikan kenyataan pada 5 Mac, tetapi ditangguhkan selepas beliau mengemukakan sijil sakit.

Beliau kemudian dijadual memberikan kenyataan pada 7 Mac, namun ia turut ditangguhkan selepas beliau mengemukakan satu lagi sijil sakit.

Jumaat lepas, pegawai SPRM merujuk doktor yang merawat Ismail untuk menentukan keadaan kesihatannya, sama ada ia memerlukan sijil sakit berturutan.

Sumber SPRM sebelum ini memberitahu FMT, Ismail akan disoal siasat pada 13 Mac, setelah tempoh sijil sakitnya tamat.

Beliau dipanggil oleh SPRM sebagai suspek dalam siasatan terhadap empat pegawai kanan yang dikaitkan dengannya.

SPRM sebelum ni berkata, kira-kira RM170 juta wang tunai dan 16kg jongkong emas bernilai jutaan ringgit telah dirampas dalam serbuan di kediaman empat pegawai terbabit, dan tiga premis lain yang dipercayai digunakan sebagai ‘safe house’.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.