
Suspek lelaki berusia lingkungan 50-an direman empat hari hingga 15 Mac selepas SPRM membuat permohonan di Mahkamah Majistret Johor Bahru, pagi tadi.
Sumber berkata, suspek dipercayai menerima, memindah serta menggunakan hasil haram melibatkan urusan jual beli sebuah kapal tangki menerusi perjanjian jual beli ditandatangani dengan sebuah syarikat lain sekitar November 2021.
“Suspek dipercayai terbabit kegiatan pengubahan wang haram antara 2021 hingga 2022. Susulan itu, suspek ditahan sekitar 4.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Johor,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM, Norhaizam Muhammad, mengesahkan penahanan suspek.
Kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).