
Ketua Pesuruhjaya Azam Baki berkata langkah itu bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap dakwaan tersebut, berdasarkan bukti baharu yang diterima daripada keterangan pemberi maklumat berkenaan.
Beliau juga berkata tidak ada isu SPRM cuba melambat-lambatkan atau melindungi mana-mana pihak dalam kes itu.
“Tugas SPRM hanya menyiasat dan bukan sebagai pembuat keputusan,” katanya lapor Bernama, pada sidang media di Kota Kinabalu.
Terdahulu, media melaporkan NGO Lawyers for Liberty (LFL) akan menyerahkan kepada SPRM video penuh mengenai skandal rasuah di Sabah.
Pengasas bersama LFL, Latheefa Koya, berkata video tersebut tidak diedit dan diperoleh terus daripada individu yang dikatakan ‘pemberi maklumat’, lapor Malaysiakini.
Barangan yang sepatutnya diserahkan LFL petang tadi adalah pemacu USB dan peranti asal yang digunakan untuk merakam video.