
Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, mangsa 55 tahun dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I selepas dikeluarkan dari runtuhan simen.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, Ordine Gilu, berkata 13 anggotanya dikejar ke lokasi selepas menerima laporan.
“Menurut laporan, berlaku runtuhan lantai di tingkat satu bangunan tersebut dan seorang wanita dihempap dalam runtuhan itu.
“Mangsa berjaya dikeluarkan orang awam dan dihantar ke hospital sebelum pasukan bomba tiba di lokasi,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau berkata, pasukannya segera melakukan pemeriksaan lanjut dan mengarahkan orang awam mengosongkan bangunan itu.
“Selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi tersebut, operasi ditamatkan pada 9.38 malam.”