Perkenal TVET bukan untuk ambil alih maahad tahfiz tak berdaftar, kata TPM

Perkenal TVET bukan untuk ambil alih maahad tahfiz tak berdaftar, kata TPM

Zahid Hamidi berkata kerajaan sedar potensi pelajar maahad tahfiz yang boleh digilap sebagai tenaga mahir.

pelajar tahfiz
Zahid Hamidi berkata kerajaan sedang mengusahakan pengiktirafan terhadap pelajar tahfiz untuk dianugerahkan SKM tahap 3 dan 5.
KUALA LUMPUR:
Usaha kerajaan membantu maahad tahfiz tidak berdaftar dengan membabitkannya dalam Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) tidak harus dilihat sebagai cubaan mengambilalihnya, kata timbalan perdana menteri.

Zahid Hamidi yang juga pengerusi jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata kerajaan kini sedang mengusahakan untuk memberi nilai tambah kepada pelajar tahfiz dengan memberikan kemahiran tambahan.

Menurutnya, langkah itu akan memanfaatkan 125,000 pelajar dari 1,199 maahad tahfiz berdaftar.

“Tetapi lebih 2,500 maahad tahfiz yang tidak berdaftar. Saya minta jangan pinggirkan pelajarnya dan mereka juga kita ambil kepedulian untuk (terlibat dalam) TVET.

“Ini kerana mereka juga anak muda dan (dalam) satu kumpulan sangat berpotensi untuk digilap bakat sebagai guna tenaga,” katanya pada majlis penyerahan watikah pelantikan TVET bagi kawasan Parlimen.

Pada 4 Jan lalu, Zahid berkata kerajaan akan mengusahakan pengiktirafan terhadap pelajar tahfiz berjaya menghafaz 20 juzuk Al Quran untuk dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 yang setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),

Selain itu SKM 5 setaraf setaraf diploma.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.