
Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata kertas siasatan kes telah lengkap dan dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya IDCC Selangor hari ini.
Katanya, pihak pendakwaan mengarahkan pertuduhan dibuat bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
“Sekiranya disabitkan kesalahan, hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh disebat.
“Pertuduhan akan dijalankan di Mahkamah Majistret Ampang pada 27 Feb 2025, 9 pagi,” katanya dalam kenyataan.
Sebelum ini, tular di media sosial rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan disyaki dicabul ketika menunaikan solat subuh berjemaah di masjid berkenaan.
Menerusi perkongsian, seorang lelaki dilihat menceroboh ke ruang solat wanita ketika jemaah sedang solat dan melarikan seorang kanak-kanak.