RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan dibentang di Dewan Rakyat

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan dibentang di Dewan Rakyat

Azalina Othman Said berkata pindaan itu dijangka dibahaskan serta dibaca kali kedua pada sesi parlimen kali ini yang tamat 6 Mac depan.

fmt PARLIAMENT parliment
RUU Perkhidmatan akan membenarkan Parlimen bertindak sebagai badan bebas, menjalankan hal ehwalnya sendiri, memilih kakitangannya dan mengawal perbelanjaannya.
KUALA LUMPUR:
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini untuk bacaan kali pertama.

Pembentangan dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said dan dijangka dibahaskan di peringkat dasar, serta bacaan kedua pada sesi kali ini yang tamat 6 Mac depan.

“Bacaan kali kedua pada mesyuarat kali ini,” kata Azalina di Dewan Rakyat.

Sebelum ini Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga jurucakap kerajaan berkata RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 merupakan langkah penting dalam mereformasi institusi demokrasi negara.

Menurutnya, RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 pula akan dibawa bagi membolehkan Yang Dipertua Dewan Negara dan Yang Dipertua Dewan Rakyat menganggotai Majlis Parlimen.

Sebelum ini, pertubuhan masyarakat sivil yang mendesak untuk menghidupkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen menggesa Putrajaya telus dengan draf akhir rang undang-undang itu.

Akta Perkhidmatan Parlimen mula digubal pada tahun 1963, hanya beberapa bulan sebelum pembentukan Malaysia.

Ia membenarkan Parlimen bertindak sebagai badan yang benar-benar bebas, menjalankan hal ehwalnya sendiri, memilih kakitangannya dan mengawal perbelanjaannya.

Bagaimanapun, ia telah dimansuhkan pada 1992 dan diletakkan sebagai agenda reformasi utama di bawah pentadbiran sekarang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.