Dadah stimulan punca 3 maut ketika konsert ambang tahun baharu

Dadah stimulan punca 3 maut ketika konsert ambang tahun baharu

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata pihaknya masih menunggu laporan patologi seorang lagi mangsa untuk melengkapkan siasatan.

hussein omar khan
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata seorang lagi mangsa masih dirawat di hospital dan dalam keadaan stabil serta memerlukan pemantauan rapi.
PETALING JAYA:
Polis mengesahkan tiga mangsa meninggal dunia akibat pengambilan dadah stimulan ketika menghadiri sebuah konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway pada 31 Dis lalu.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata pihaknya masih menunggu laporan patologi seorang lagi mangsa untuk melengkapkan siasatan.

“Setakat ini, 53 saksi dirakam percakapan dan siasatan masih diteruskan serta akan dirujuk kepada koroner setelah siasatan lengkap,” katanya menurut Bernama.

Menurutnya, seorang lagi mangsa masih dirawat di hospital dan dalam keadaan stabil serta memerlukan pemantauan rapi.

Sebelum ini, Hussein dilaporkan berkata, siasatan awal polis mendapati dua lelaki dan dua wanita yang meninggal dunia selepas menghadiri sebuah konsert di Bandar Sunway pada ambang tahun baharu disyaki mengambil ekstasi.

Selain empat mangsa terbabit, tiga lagi mangsa yang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dilaporkan mempunyai simptom sama seperti mangsa maut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.