2 remaja maut, 1 parah kereta rempuh tembok konkrit lebuh raya

2 remaja maut, 1 parah kereta rempuh tembok konkrit lebuh raya

Polis berkata kemalangan berlaku awal pagi tadi di KM14 susur keluar Lebuhraya Iskandar Sultan di Johor Bahru.

garisan polis police line
Ketua Polis Johor Bahru Utara Radin Ramlan Radin Taha berkata pemandu berusia 19 tahun dan penumpang hadapan berusia 16 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian.
PETALING JAYA:
Dua remaja maut manakala seorang cedera parah selepas kereta Perodua Ativa dinaiki mereka terbabas dan melanggar tembok konkrit di susur KM14, Lebuhraya Iskandar Sultan di Johor Bahru awal pagi tadi.

Ketua Polis Johor Bahru Utara Radin Ramlan Radin Taha berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu kira-kira 4.25 pagi.

Beliau berkata kejadian itu menyebabkan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang juga pemandu dan remaja perempuan berusia 16 tahun yang berada di bahagian penumpang hadapan maut.

Katanya, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang duduk di bahagian penumpang belakang cedera parah.

“Kenderaan itu dalam perjalanan dari Johor Bahru menghala ke Tampoi sebelum dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tembok konkrit di sebelah kiri jalan,” katanya dalam kenyataan lapor Bernama.

Beliau berkata mangsa mengalami kecederaan parah pada kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan.

Sementara itu, penumpang di bahagian belakang mengalami kecederaan parah pada tangan kanan dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.