
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, berkata lawatan rasmi ahli Jemaah Menteri bertujuan untuk menghadiri mesyuarat berkala dan berjadual melibatkan Malaysia sebagai negara anggota dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Menteri Luar Mohamad Hasan melakukan lawatan paling banyak dengan 39, disusuli Perdana Menteri Anwar Ibrahim (19), Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz (18), dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Tiong King Sing (15).
“Perbelanjaan lawatan Ahli Jemaah Menteri ke luar negara sentiasa mematuhi tatacara kewangan yang berkuat kuasa,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen.
Zaliha berkata, kerajaan mengambil pendekatan perbelanjaan berhemah dan berkesan.
“Setiap lawatan dirancang teliti untuk mencapai nilai tambah maksimum dengan mengguna pakai kadar perbelanjaan optimum, selaras dengan prinsip langkah penjimatan kerajaan,” katanya.