Penyelia kedai runcit ditetak kerana lewat bayar gaji 3 bulan

Penyelia kedai runcit ditetak kerana lewat bayar gaji 3 bulan

Suspek dipercayai tetak mangsa beberapa kali guna pisau pemotong daging mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian.

Seorang lelaki berusia berusia 45 tahun ditemukan meninggal dunia setelah ditetak di Seksyen 7, Shah Alam pada pagi Jumaat lepas. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang penyelia kedai runcit maut ditetak oleh pekerjanya dalam kejadian di Seksyen 7, Shah Alam, Jumaat lepas, dipercayai kerana lewat membayar gaji tiga bulan.

Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku selepas pertengkaran kerana suspek tidak berpuas hati tidak dibayar gaji lebih RM2,000 yang patut diterimanya pada 10 Feb lepas.

“Suspek kemudian dipercayai menetak mangsa beberapa kali menggunakan pisau pemotong daging mengakibatkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya, lapor Sinar Harian.

Sehubungan itu, katanya, polis telah menahan lima suspek, terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita, termasuk suspek utama untuk siasatan lanjut yang masih berjalan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu dilaporkan seorang lelaki berusia berusia 45 tahun ditemukan orang awam dalam keadaan berlumuran darah pada pagi Jumaat lepas.

Susulan pemeriksaan oleh pegawai perubatan, mangsa didapati telah meninggal dunia dengan kecederaan di bahagian kepala, badan dan tangan, dipercayai akibat diserang menggunakan objek tajam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.