
Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis kepada Parlimen, berkata kadar itu akan dimuktamadkan dalam penyata kewangan kerajaan persekutuan 2024, menjawab soalan daripada Chong Zhemin (PH-Kampar) yang ingin tahu jumlah kutipan SST tahun lalu berbanding jangkaan sebelum ini.
Dalam pada itu, kementerian berkata bagi tempoh dari 2019 hingga 2024, jumlah keseluruhan kutipan duti eksais ke atas minuman bergula adalah RM447.5 juta.
Katanya, duti eksais dikenakan dikenakan ke atas minuman bergula terhadap tiga kategori minuman bergula sedia diminum yang dikilangkan dalam negara atau diimport dari luar negara.
Dalam Belanjawan 2025 kerajaan telah menggerakkan inisiatif ‘Perang Gula’ dalam usaha menangani penyakit berpunca penggunaan gula tinggi seperti diabetes dan obesiti.
“Antara langkah yang diambil termasuk menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa mulai 1 Jan 2025 sebanyak 40 sen seliter menjadikan kadar duti eksais terkini ialah sebanyak 90 sen seliter,” kata kementerian dalam jawapan bertulis menjawab Chow Kon Yeow (PH-Batu Kawan).
Chow bertanya jumlah kutipan duti eksais itu bagi tujuan kesihatan bagi memerangi penyakit diabetes.
Kementerian berkata, hasil diperolehi daripada duti eksais akan digunakan menampung perbelanjaan kesihatan awam antaranya penambahan bekalan ubat ‘SGLT-2 inhibators’ bagi kegunaan rawatan diabetes dan rawatan dialisis peritoneal untuk pesakit buah pinggang tahap akhir.