
Beliau berkata setakat ini pemilihan semua peringkat bagi sesi 2025 -2028 akan tetap berjalan seperti biasa di seluruh negara mengikut ketetapan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Pertandingan bagi jawatan MPP, Pemuda dan Wanita PKR akan berlangsung 24 Mei depan manakala pemilihan peringkat bahagian pula ditetapkan 11 hingga 20 Apr.
“MPP sudah muktamadkan tarikh pemilihan bahagian pada April di seluruh negara. Keputusan yang dicapai, sekiranya bertembung baru kita tangguh,” kata Fuziah kepada FMT.
Beliau menjawab gesaan Naib Pengerusi PKR Sabah Roslan Sapar yang memohon pemilihan peringkat bahagian ditangguhkan bagi memberi tumpuan kepada PRN.
Menurutnya, penangguhan itu bagi mengelakkan perpecahan di kalangan ahli yang berisiko berlaku akibat pertandingan pelbagai jawatan di peringkat cawangan, bahagian dan seterusnya.
Ketua PKR Kalabakan itu mendakwa usul penangguhan pemilihan dipersetujui semua 25 ketua bahagian di Sabah.
November lalu, Ketua Menteri Hajiji Noor dipetik berkata PRN kali ke-17 di negeri itu boleh diadakan pada bila-bila masa sehingga Oktober depan, iaitu tempoh akhir penggal pentadbirannya.