
Ketua Polis Seri Alam, Mohd Sohaimi Ishak, berkata semua lelaki berusia 29 hingga 62 tahun itu ditahan hasil maklumat diperoleh berhubung kejadian samun.
“Mengikut laporan polis, ketika mangsa berada di rumah, dia didatangi semua suspek yang kemudiannya memukul mangsa sehingga mengalami kecederaan di bahagian badan.
“Semua suspek juga merampas barang peribadi milik mangsa sebelum melarikan diri. Bagaimanapun, hasil maklumat yang diperoleh, semua suspek diberkas pada 3.45 petang Jumaat,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau berkata, polis turut merampas enam telefon bimbit pelbagai jenama, sekeping kad bank, dokumen peribadi mangsa dan empat kad urusan penghantaran wang luar negara.
Menurutnya, ujian saringan air kencing menunjukkan semua suspek negatif dadah, tetapi hasil semakan mendapati suspek warga tempatan mempunyai satu rekod jenayah dadah.
Katanya, lima lelaki itu direman empat hari mulai Jumaat lalu hingga esok untuk disiasat mengikut Seksyen 349 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan semasa melakukan rompakan.