Lebih RM2.2 juta lesap akibat skim pelaburan tak wujud

Lebih RM2.2 juta lesap akibat skim pelaburan tak wujud

Polis berkata mangsa membuat 31 kali transaksi ke 11 akaun bank berbeza dan tiga akaun kripto.

scammers
Polis berkata mangsa menghubungi nombor telefon tertera dalam iklan pelaburan di Facebook yang memintanya membuat bayaran bagi mendapatkan keuntungan.
PETALING JAYA:
Seorang wanita kerugian lebih RM 2.2 juta akibat terpedaya skim pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata mangsa berusia 46 tahun menghubungi nombor telefon tertera dalam iklan pelaburan di Facebook yang memintanya membuat bayaran bagi mendapatkan keuntungan pada Ogos tahun lalu.

“Pengadu membuat 31 kali transaksi ke 11 akaun bank berbeza dan tiga akaun kripto,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, mangsa tidak menerima sebarang pulangan dijanjikan selepas semua transaksi.

“Wanita itu berasa ditipu dan mengalami kerugian sebanyak RM2,219 217.83,” katanya yang menasihatkan orang ramai berwaspada dengan tawaran pelaburan dalam media sosial yang menjanjikan pulangan tidak munasabah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.