Budak perempuan maut tersepit meja lipat

Budak perempuan maut tersepit meja lipat

Mangsa berusia enam tahun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Parit Buntar, Perak.

Hamzah Ahmad
Ketua Polis Pulau Pinang Hamzah Ahmad yang mengesahkan kejadian itu berkata siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001. (Gambar Bernama)
NIBONG TEBAL:
Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas didakwa tersepit di celah besi meja lipat di rumahnya di Taman Seri Putera di sini, semalam.

Mangsa yang berusia enam tahun itu disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Parit Buntar, Perak.

Kejadian berlaku sekitar 4.15 petang, semasa kanak-kanak itu dikatakan bermain seorang diri di bahagian belakang kediaman itu, manakala ibu dan adik-beradik mangsa berada dalam rumah.

Ibu mangsa didakwa meminta bantuan jiran untuk membawanya ke hospital selepas menyedari kejadian tersebut.

Ketua Polis Pulau Pinang Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.