16 positif dadah selepas sambut tahun baharu di Thailand

16 positif dadah selepas sambut tahun baharu di Thailand

Pengarah AADK Kedah Khairul Anwar Ahmad berkata, semua mereka ditahan ketika kembali ke tanah air melalui ICQS di Bukit Kayu Hitam malam tadi.

icqs
Pengarah AADK Kedah Khairul Anwar Ahmad berkata, semua mereka kembali ke tanah air melalui ICQS di Bukit Kayu Hitam selepas bercuti di Thailand sempena sambutan tahun baharu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seramai 16 individu termasuk seorang penuntut universiti awam ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ketika pulang daripada bercuti di Thailand selepas menyambut tahun baru di negara jiran.

Pengarah AADK Kedah, Khairul Anwar Ahmad berkata, semua mereka ditahan dalam satu operasi di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam malam tadi. lapor Berita Harian.

Khairul berkata operasi itu bermula jam 6 pagi semalam hingga 12 tengah malam tadi ketika pintu pagar sempadan negara Malaysia-Thailand itu ditutup.

“Operasi ini membabitkan pegawai AADK Kedah serta Unit Anjing Pengesan (K-9) polis untuk mengesan sebarang kemasukan dadah melalui pintu masuk sempadan negara ini,” katanya.

Katanya, dalam operasi itu sebanyak 15 buah kenderaan diperiksa dan 45 individu diminta menjalani ujian saringan awal air kencing.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 16 didapati positif yang terdiri daripada 14 lelaki dan dia perempuan berusia antara 18 hingga 39 tahun.

Semua yang ditahan didapati positif dadah jenis jenis methylenedioxy-methamphetamine atau ecstacy, Benzodiazepine (ubat penenang), ganja dan air ketum.

“Kesemua individu ini ditahan mengikut Seksyen 3(1) (a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 untuk tindakan lanjut,” katanya.

“Siasatan AADK mendapati kebanyakan mereka yang ditahan itu didapati pengguna kali pertama mencuba atau hanya mengambil dadah di tempat hiburan untuk lebih keseronokan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.