Polis kesan individu hina Melayu, Islam guna resit pesanan

Polis kesan individu hina Melayu, Islam guna resit pesanan

Penama dalam resit 'Suwash Muktan' membuat kenyataan berbaur penghinaan dilakukan di tiga daerah di Johor.

m kumar
Ketua Polis Johor M Kumar, berkata kes disiasat di bawah Akta Hasutan, Seksyen 298 Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Polis Johor sedang mengesan seorang individu menggunakan resit pesanan mengandungi kenyataan berbaur penghinaan terhadap orang Melayu dan Islam, dalam tiga kejadian berasingan.

Ketua Polis M Kumar, berkata resit pesanan berkenaan bertarikh 19 dan 20 Dis dikesan di tiga daerah berbeza iaitu Kluang, Muar, dan Batu Pahat dipercayai dilakukan individu sama.

Katanya, penama dalam resit itu dikenali “Suwash Muktan”.

“Laporan polis mengenai penularan tersebut (resit) telah diterima dan sebanyak tiga kertas siasatan berasingan dibuka,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kes masih di peringkat siasatan dan usaha untuk mengesan serta menangkap suspek terlibat sedang giat dilaksanakan,” katanya.

Kumar berkata, tiada kompromi terhadap mana-mana individu sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.