
Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata keputusan itu dicapai Jemaah Menteri semalam.
“Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuat kuasa 1 Dis turut melibatkan penyelarasan pencen kepada pesara dan penerima pencen terbitan berdasarkan semakan gaji perkhidmatan awam selaras dengan Seksyen 3, Akta Penyelarasan Pencen 1980 (Akta 238).
“Amaun pencen akan diselaraskan berdasarkan peratusan pelarasan gaji ke atas gaji akhir pesara mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing secara berfasa pada 1 Dis 2024 dan 1 Jan 2026,” katanya pada sidang media.
Anwar berkata, langkah meneruskan PKKP itu bagi memastikan golongan berkenaan menerima amaun yang lebih tinggi untuk menjaga kebajikan pesara dalam menangani kos sara hidup, sekali gus bukti keprihatinan kerajaan Madani selaras dengan konsep ihsan.