
Katanya, Muhyiddin selaku pengerusi PN mempunyai kebijaksanaan dalam membuat keputusan.
“Ada kaedah yang terbaik. Saya yakin dan percaya kewibawaan, kebijaksanaan pengerusi dan kepimpinan tertinggi,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat AJK Wanita Bersatu di ibu pejabat parti.
Sebelum ini, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin gesa diadakan rundingan semula dengan mempertimbangkan kekuatan parti perlu dijadikan pertimbangan utama dalam menentukan pelantikan barisan kepimpinan PN.
Mengakui kuasa itu bawah Muhyiddin, Hashim berkata setiap keputusan dibuat perlu secara ‘bertimbang rasa’ dan ambil kira kedudukan rakan komponen.
Isu agihan jawatan tertinggi PN kembali diperkatakan apabila Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar meletakkan jawatan bendahari agung komponen itu.
Keputusan itu dibuat beberapa hari selepas PN mengesahkan pelantikan Azmin Ali sebagai setiausaha agung selain beberapa pemimpin Bersatu yang lain.
Turut diumumkan Timbalan Presiden Bersatu Hamzah Zainudin sebagai timbalan pengerusi PN, Naib Presiden Ahmad Faizal Azumu (ketua penerangan PN) manakala Mas Ermieyati mengetuai sayap Wanita komponen terbabit.
Dua lagi Naib Presiden Ronald Kiandee dan Radzi Jidin dilantik anggota Majlis Tertinggi PN.
Sementara itu, Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata hubungan antara PAS dan Bersatu dalam keadaan baik walaupun berdepan isu berkenaan.
Malah katanya, beliau turut menghubungi Ketua Wanita PAS Nuridah Mohd Salleh bagi mengatur pertemuan bagi membincangkan hala tuju sayap gabungan dalam PN.
“Jadi saya menolaklah kalau kata PAS dan Bersatu (ada masalah)….apa pun, saya serah pucuk pimpinan. Bagi saya pelantikan saya sebagai ketua Wanita PN untuk menjadikan Wanita PN satu gerakan yang boleh memantapkan lagi PN terutama nak berhadapan PRK,” katanya.