
Timbalan Ketua Mat Zahid Abu Hassan, berkata pihaknya menegaskan sokongan berterusan kepada Saifuddin dan kepimpinannya, selain berharap lembaga rayuan mempertimbangkan rayuannya secara adil, telus, dan berhemah.
“(Bersatu Indera Mahkota) melahirkan rasa kesal terhadap keputusan lembaga disiplin Bersatu yang memutuskan pemecatan Saifuddin tanpa perbicaraan adil,” katanya dalam kenyataan.
Kenyataan itu turut menyebut, Bahagian Indera Mahkota ‘menyatakan solidariti bersama Saifuddin’.
Pada 6 Jan, Bersatu memecat Saifuddin yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi.
Menurut surat lembaga disiplin bertarikh hari sama, pemecatan Ahli Parlimen Indera Mahkota itu diputuskan dalam mesyuarat, sehari sebelumnya.
Surat itu menyatakan Saifuddin dipecat hak keahlian dalam parti kerana tindakan beliau melanggar Klausa 9.1.4 Perlembagaan parti yang mewajibkan ahli mematuhi perlembagaan, kod etika, dan tatakelakuan parti.
Namun, Lembaga Disiplin memberi tempoh 14 hari berkuat kuasa 6 Jan untuk Saifuddin mengemukakan rayuan.
Beliau menjadi Ahli Parlimen kedua dipecat Bersatu.
Oktober lalu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan dipecat kerana melanggar disiplin parti.