Kes dadah selebriti: Polis nafi keterangan saksi dipinda

Kes dadah selebriti: Polis nafi keterangan saksi dipinda

Timbalan Ketua Polis Selangor S Sasikaladevi berkata pihaknya menjalankan siasatan secara telus mengikut peruntukan ditetapkan.

Timbalan Ketua Polis Selangor S Sasikaladevi berkata dakwaan yang tidak disahkan berpotensi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
SHAH ALAM:
Polis menafikan dakwaan bahawa keterangan saksi telah dipinda berhubung kes dadah membabitkan seorang selebriti yang ditahan di Sepang pada 14 Dis lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, S Sasikaladevi, berkata pihaknya telah menjalankan siasatan secara telus mengikut peruntukan ditetapkan.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya pada 19 Dis dan telah mendapat arahan pertuduhan bawah Seksyen 6 dan boleh dihukum bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Pada hari ini, tangkapan itu telah dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menegaskan, dakwaan yang tidak disahkan berpotensi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat, sekali gus mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan kandungan tidak sahih.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.