
Rampasan itu susulan serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Terengganu di tepi jalan di Kilometer 268.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Kemaman, kira-kira 4 petang.
Ketua Polis Terengganu, Mohd Khairi Khairudin, berkata serbuan dilakukan hasil maklumat awam mengenai kehadiran kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam keadaan mencurigakan.
“Hasil pemeriksaan kita menemui 35 bungkusan plastik lutsinar disyaki dadah jenis syabu seberat 36kg bernilai RM1.15 juta.
“Dadah dirampas boleh digunakan 180,000 individu yang terbabit dalam penyalahgunaan dadah. Wan
“Wang tunai dalam akaun berjumlah RM681,718.73 turut disita,” katanya pada sidang media di IPK Terengganu hari ini, menurut Berita Harian.
Selain itu beliau berkata, polis percaya dadah berkenaan diseludup masuk dari negara jiran dan dibawa dari Kelantan untuk diedarkan ke Lembah Klang.
Katanya, suspek berusia 29 tahun itu didapati tidak bekerja dan baru dua bulan terjebak dengan aktiviti berkenaan.
“Suspek didapati negatif dadah dan mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
“Dia kini direman tujuh hari sehingga 24 Dis depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.