Polis henti SAR anggota komando hilang di Royal Belum

Polis henti SAR anggota komando hilang di Royal Belum

Ketua Polis Gerik Zulkifli Mahmood berkata usaha pencarian diteruskan oleh pihak angkatan tentera.

royal belum
Pada 3 Dis lalu anggota tentera Ahmad Zulhilmi Ahmad Tamizi dilaporkan hilang manakala seorang lagi mangsa Mohd Afandi Jahwin ditemui lemas ketika menyeberangi sungai di hutan Royal Belum. (Gambar Bernama)
IPOH:
Polis menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi anggota tentera yang dipercayai lemas di kawasan Hutan Royal Belum semasa menjalankan tugas gerakan operasi Kota Echo/Foxtrot, 1 Dis lepas.

Ketua Polis Gerik Zulkifli Mahmood berkata operasi mencari Ahmad Zulhilmi Ahmad Tamizi berpangkat Lans Koperal daripada Rejimen Komando ke-22 di Kem Iskandar di Mersing, Johor itu ditamatkan pada 6 petang semalam.

“Bagaimanapun usaha pencarian diteruskan oleh pihak angkatan tentera,” katanya dalam kenyataan.

Pada 3 Dis, tentera darat dalam satu kenyataan mengesahkan kehilangan dua anggotanya semasa melakukan rondaan dalam Operasi Kota Echo/Foxtrot Siri 6/2024, kira-kira jam 8 pagi.

Tujuh anggota yang terlibat ditemukan selamat kira-kira jam 12.30 tengah hari pada hari kejadian, namun Zulhmi serta Mohd Afandi Jahwin daripada pasukan 21 Komando Kem Sungai Udang, Melaka, hilang.

Bagaimanapun, mayat Afandi yang berpangkat Lans Koperal dan berasal dari Matu, Sarawak ditemukan lemas oleh pasukan penyelamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.