Dari kelas ke tapak pembinaan

Dari kelas ke tapak pembinaan

Program Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan (Kepujian) di Taylor’s University menggabungkan ilmu pengetahuan, latihan praktikal, dan alat ukur bahan yang diiktiraf industri untuk kejayaan pelajar dalam bidang berkenaan.

taylor
Taylor’s University membantu bakal juruukur bahan membina asas yang kukuh dalam persekitaran pembelajaran yang dinamik.
PETALING JAYA:
Seiring perkembangan pesat industri pembinaan di Malaysia, keperluan untuk juruukur bahan yang mahir dan serba boleh turut meningkat.

Taylor’s University, yang diiktiraf sebagai universiti swasta terbaik di Malaysia dan Asia Tenggara dalam bidang Seni Bina & Alam Bina menerusi QS Subject Rankings 2024, tampil memenuhi permintaan ini melalui program Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan (Kepujian).

Program ini mengintegrasikan ilmu akademik, pengalaman praktikal, kemahiran digital serta nilai etika untuk melahirkan pelajar holistik dan bersedia menghadapi cabaran dunia.

Graduan seperti Isaac Hee dan Michelle Tiong membuktikan bahawa asas yang kukuh ini telah membantu mereka membina kerjaya yang cemerlang dalam bidang ini.

Kurikulum Berfokuskan Industri

Program Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan di Taylor’s University ini dikenali dengan kurikulumnya yang relevan dengan keperluan industri.

Sepanjang tiga tahun setengah pengajian, pelajar akan didedahkan kemahiran penting seperti anggaran kos, perolehan, pengurusan projek, dan pentadbiran kontrak.

Isaac dan Michelle senada bahawa persediaan menyeluruh ini telah memberikan mereka keyakinan dan kepakaran teknikal dalam bidang juruukur bahan.

“Asas teknikal yang saya peroleh di Taylor’s University adalah sesuatu yang saya gunakan setiap hari di tempat kerja,” kata Isaac.

Michelle pula menambah, “Kemahiran seperti proses mengukur bahan dan mengurus kontrak sangat berguna dalam projek-projek besar yang saya uruskan.”

Menghubungkan Teori dengan Praktikal

Salah satu elemen penting dalam program ini ialah latihan industri selama enam bulan, di mana pelajar berpeluang mengaplikasikan kemahiran ke alam pekerjaan sebenar.

Pengalaman ini sangat berharga kerana membuka peluang untuk menjalin hubungan industri dengan profesional, serta mendedahkan mereka kepada peranan dan tanggungjawab dalam bidang pilihan mereka.

Menurut Michelle, pengalaman itu telah memberinya ‘pendedahan menyeluruh terhadap standard industri dan permulaan yang kukuh dalam industri juruukur bahan.

Pendapatnya disokong Isaac yang melihat program membina rangkaian dengan profesional, latihan praktikal, dan bengkel anjuran Taylor’s University telah melengkapkan dirinya dengan kemahiran praktikal selain keyakinan memulakan kerjaya dalam industri juruukur bahan.

on-site, work
Michelle Tiong (tiga dari kanan) bersama pasukannya di tapak projek, bekerjasama untuk melaksanakan projek-projek besar menggunakan kemahiran yang diasah di Taylor’s University.

Pengiktirafan Global dan Teknologi Terkini

Taylor’s University membuktikan komitmennya dalam melahirkan graduan berkualiti tinggi melalui pengiktirafan rasmi daripada badan-badan industri seperti Institusi Diraja Juruukur Bertauliah (RICS), Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM), dan Persatuan Juruukur Bahan Pasifik (PAQS).

Universiti itu juga memfokuskan khusus terhadap alat-alat industri digunakan pelajar di dalam kelas, seperti perisian Building Information Modelling (BIM) termasuk Autodesk Revit, Glodon Cubicost, dan RIB Cost X.

Pengiktirafan ini memastikan graduan bersedia memenuhi keperluan bidang ukur bahan yang semakin mencabar.

“Pengiktirafan daripada Taylor’s mempermudahkan urusan saya dalam mencapai status chartership daripada RICS,” kata Michelle.

Isaac pula berkongsi: “Zaman ini, juruukur bahan perlu bekerja dalam dunia berfokuskan data. Oleh itu, fokus Taylor’s terhadap alat BIM benar-benar membantu saya berjaya dalam industri moden.”

Kelestarian dan Pembangunan Profesional

Program ini turut menekankan pembinaan lestari, sejajar dengan matlamat alam sekitar global.

“Juruukur bahan memainkan peranan penting dalam projek lestari,” kata Michelle, menjelaskan bahawa mereka memastikan piawaian dipatuhi sambil mengimbangi kos projek.

Graduan akan memulakan perjalanan profesional mereka sebagai Juruukur Bahan Provisional (PVQS), meletakkan mereka pada laluan terancang untuk melengkapkan pendaftaran penuh sebagai juruukur bahan.

Ini telah dibuktikan oleh Isaac dan Michelle dalam perjalanan unik mereka ke alam pekerjaan.

MRT project team.
Isaac Hee (barisan hadapan, tiga dari kanan) bersama pasukannya di projek MRT, mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan diperolehnya di Taylor’s University.

Kerjaya Bermakna, Diinspirasikan oleh Bimbingan

Pencapaian luar biasa Isaac dan Michelle dalam industri membuktikan impak Taylor’s University dalam bidang Ukur Bahan.

Isaac telah terlibat dalam projek-projek penting seperti Laluan Transit Aliran Massa (MRT) Lembah Klang dan menjalankan tender multinasional di Vietnam, Australia, dan Singapura.

Michelle pula memainkan peranan utama dalam projek seperti Merdeka 118 dan TNB HQ Platinum, dan kini menjadi pengurus perolehan untuk projek pusat data yang besar.

Kedua-duanya mengakui kejayaan mereka banyak dipengaruhi bimbingan pensyarah berdedikasi di Taylor’s University, yang telah memainkan peranan penting dalam membentuk laluan profesional mereka dalam bidang Ukur Bahan.

Program Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan (Kepujian) Taylor’s University melengkapkan pelajar dengan kemahiran dunia sebenar, pengiktirafan global, dan fokus terhadap kelestarian, memberikan mereka asas yang kukuh untuk kerjaya yang cemerlang.

Adakah anda berminat mendalami bidang Ukur Bahan? Sertai Hari Terbuka Taylor’s pada 14 & 15 Disember untuk meneroka program ini.

Temui tenaga pengajar, alami sendiri kehidupan pelajar di Taylor’s University dan dapatkan gambaran masa hadapan anda di sini.

Jangan lepaskan peluang ini — sertai pengambilan Februari 2025 dan mulakan perjalanan anda bersama Taylor’s University!

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.